Saturday, February 07, 2009

Dialogue with Residents of Tanjong Tokong








Satu sesi dialog telah diadakan pada 6 Feb 2009 (Jumaat) pada 8.30 malam di Auditorium A, Komtar antara Kerajaan Negeri, UDA dan penduduk-penduduk di Tanjong Tokong berkenaan cadangan pembangunan semula Kampung Tanjong Tokong. Sesi ini dipengerusikan oleh EXCO Perumahan merangkap ADUN Air Itam, YB WOng Hon Wai. Turut hadir ialah YB Abdul Malek bin Kasim (EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang), YB Teh Yue Chew (ADUN Tanjong Bungah), YB Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Bukit Bendera), Encik Zainuddin (Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa). UDA diwakili oleh Dato Jaafar bin Haji Abu Hassan (Pengarah Urusan UDA Holding Berhad) dan Encik Mohd Kamarudin bin Abdul Manen (Pengurus Besar UDA Land (North) Sdn Bhd).

Lebih kurang 100 orang penduduk telah menghadiri sesi dialog ini.

Dialog ini diadakan berikutan pertemuan penduduk-penduduk Tanjong Tokong dengan Kerajaan Negeri pada 13 Januari 2009. Pada pertemuan tersebut, penduduk telah menghantar memorandum meminta Kerajaan Negeri untuk mengaturkan satu pertemuan dengan UDA.

Dalam dialog ini, pihak UDA telah memberikan maklumbalas tentang memorandum tersebut dan pihak UDA telah berjanji bahawa perjanjian pampasan akan disediakan untuk ditandatangani antara UDA dengan penduduk. UDA turut menerangkan secara konsep cadangan pembangunan di Kampung Tanjong Tokong.

Pembangunan Tanjong Tokong ini merupakan antara projek yang mempunyai implikasi yang besar memandangkan jumlah keluarga yang terlibat melebihi 1000 keluarga dan bakal menaiktaraf hidup penduduk dengan perumahan yang tersusun.

1 comment:

tour de love said...

should also highlight the wishes of the penduduk Tanjong Tokong and/or persatauan penduduk Tanjong Tokong to gadget Kampong Tanjong Tokong as a heritage site / kampong....teh(Adun N22)